Kelas ICT (Microsoft Word) dan Multimedia (Canva)

21 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2024, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan kelas Asas ICT iaitu pengenalan komponen komputer serta fungsinya, Microsoft Words dan multimedia (Canva). Kelas yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh dua orang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan komponen komputer dengan baik serta penggunaan Microsoft Words dalam pengurusan pembelajaran atau pekerjaan secara teratur. Peserta juga meminta untuk mengajarnya membuat resume semasa sesi latihan dijalankan. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali